06 July, 2012

mendidik atau mengajar???

assalammualaikum.....

pertama kalinya aku mengucapkan syukur ke hadrat Illahi kerana masih lagi memanjangkan umurku untuk menulis di ruangan ini.. ruangan perjuangan aku sebagai seorang guru...

setelah sebulan lebih aku bergelar seorang guru, banyak ranjau dan onak duri aku lalui... semuanya satu cabran dalam kehidupan dan juga perjalanan seorang guru... bukan sahaja kerenah pelajar nya malah kerenah guru-gurunya jua.... tidak putus-putus menguji diri ku..

kisah mendidik dan mengajar.... sebagai seorang guru.. aku merasakan mengajar dan mendidik merupakan dua istilah yang berbeza.... mengajar dalam definisi diriku adalah memberikan ilmu sahaja... manakala mendidik adalah menyampaikan ilmu dan memanfaatkan ilmu supaya membentuk seorang insan...

mungkin ada sesetengah guru berpendapat mengajar dan mendidik adalah satu situasi yang sama... mungkin ada sesetengah daripada mereka menganggap pergi sekolah, masuk kelas, ajar ilmu, bagi latihan itu sudah cukup,.... tapi dimanakah pembentukan sahsiah diri mereka???

aku bukan lah nak cakap aku nie guru yang terbaik, kadang-kadang tersilap langkah.. ada perkara yang aku terlepas pandang.. namun aku cuba tanamkan kepada diri aku supaya dapat menjadi pendidik dan bukan pengajar semata-mata..

entry yang lepas aku nyatakan ramai pelajar membenci aku.. sebab apa?? sebab aku garang.. sebab aku bukan jenis guru yang bergurau senda dan bukan guru yang boleh cakap baik-baik dengan mereka..

sebab aku menjadi begitu kerana aku cuba mendidik mereka.. tak pergi surau aku marah, aku rotan, tak hormat guru aku marah... mungkin sesetengahnya memandang aku sebagai ganas, ataupun tak reti berlembut.. tapi bukan itu diri ku.. sesiapa yang mengenali diri aku pasti tidak akan percaya aku adalah guru yang garang.....

semuanya adalah untuk mendidik.. aku rotan bersebab dan marah bersebab.. insyaallah aku tidak merotan dan marah sesuka hati... kepada para guru dan bakal guru yang membaca tulisan aku ini.. aku berharap kita jadilah guru yang mendidik dan bukan mengajar semata...

p/s: moga Allah titipkan kecekalan dalam landasan ku mendidik anak bangsa..

30 June, 2012

Aku Dan Tun Sardon




alhamdulillah

sudah sebulan aku berada di bumi rengit...
sudah sebulan jua aku di sekolahkan di smk tun sardon
dan sudah sebulan aku tidak balik ke kampung halaman..

segala nya cukup
segala yang aku peroleh selama sebulan nie
banyak mengajar erti sebenar profesion yang aku ceburi
untuk selama 35 tahun lagi
insyaallah

sebulan nie
macam2 respon aku dapat
ada yang baik
ada yang buruk
ada yang membina
dan ada yang menghancur kan

respon guru
kebanyakkan baik belaka
teruskan sikap garang aku
banyak bagi kerjsama
jadi emcee terbaik
boleh uruskan pelajar
cepat belajar
boleh jadi guru disiplin
dan dah berani tegur cikgu senior

repon pelajar
benci cikgu baru tue
menyampah ar dengan dia
sombong betul
garang betul
tak reti senyum langsung
asyik nak rotan jer

tue semua respon mereka
macam-macma yang aku dapat
tapi satu jer
niat aku mendidik
dan menjalankan tggjawab aku sendiri
dan perkara paling manis selama sebulan kerja nie
aku dah buang sorang budak..
memang terbaik...

p/s: saya yang mengikut perintah (kata yang sering didengar dari cikgu atau penjawat awam)

27 June, 2012

guru dan sukan

assalam..

guru dan sukann
satu benda yang tidak dapat dipisahkan..
setiap hari, minggu mahupun setahun sekali
pasti para guru terlibat dengan sukan..

kalu hari mungkin yang mengajar PJK
minggu pulak bagi mereka yang menjadi penasihat sukan dan permainan
dan tahun untuk sukan tahunan

sukan satu acara yang sihat
namun amat meletihkan
meletihkan apabila
guru lebih excited dari anak murid
guru lebih beria dari anak murid..

namun itu lah guru
sering kali menjadi penggalak
dan pendorong kepada pelajar

tue baru mikadimah
tentang guru dan sukan..
kisah aku sebagai seorang guru dan terlibat dengan acara sukan
alkisah bermula aku dengan tanpa diduga
telah dilantik menjadi guru rumah sukan kuning.
pada mulanye mungkin sebb aku pikirkan guru senior dah settlekan semua
jadi aku boleh ar goyang kaki sikit.
rupanya aku jua perlu membantu sebanyak mungkin

tugas aku mencari atlet bagi kategori c dan b
yang mana melibatkan tingkatan 1 dan 2
almaklum lah guru petang memang itu tugasnya
jadi aku pun mencari ar..
masa yang diberikan hanya sehari jer
sukan di sekolah aku nie
diadakan pada hari rabu
namun hari isnin dan selasa dah ada sukan tara dan acara yang didahulukan
kelam kelibut aku dibuatnya..

ingatkan tamat lah sudah penderitaan aku..
masa meeting da ar aku ditugaskan menjadi emcee
nak cari teks lagi
hari isnin bg tugas
hari selasa jadi emcee
tak ke biul aku dibuatnya..
tambah plak aku kena uruskan perbarisan dan juga hias rumah sukan
aku nie da ar buta seni
kena plak buat benda2 mcam tue
nak tak nak
buat ar jugak..

akhirnya setelah bertungkus lumus pada hari selasa 26 jun 2012
dari jam 7.00 pagi hingga jam 8 malam..
akhirnya siap jua hiasan rumah sukan dan perbarisan serta tugas emcee untuk sukan tara
memang tak terkejar semuanya..
nasib masa di universiti dah diajar supaya sentiasa bersedia..

hari yang dinanti tiba
hari rabu.. tugas utama aku adalah emcee
so buat la apa yang patut..
sambil tue curi2 gak masa tgk rumah sukan dan adjust perbarisan
tue semua tugas cikgu.. budak??? terima arahan jer..

sesuatu yang menjadi puas dalam kepenatan aku
mengejar sana sini
membuat itu ini
rumah sukan aku
iaitu kuning..
telah mendapat tempat ke-3 dalam keseluruhan kejohanan
tempat ke-3 untuk acara perbarisan
dan tempat ke-2 untuk hiasan rumah sukan..
segalanya berbaloi..

p/s: bebraloi usaha yang ditaburkan apabila melihat kejayaan para pelajar yang disayangi.. itu erti sebenar seorang guru...

25 June, 2012

Ceritera Manikayu






assalam.....
perutusan hari nie adalah untuk mencerita perihal
KURSUS KEPIMPINAN MANIKAYU PENGENALAN DAN PERINGKAT SATU...
(kalau sesiapa pengakap cnfrm familiar dengan perkataan nie)..
tugas seorang guru bukan sekadar mengajar jer kat sekolah
hakikat sebenarnye segala macam ilmu perlu dituntut..
dari sekecil-kecil ilmu sehingga la ke besar-besar ilmu..

kisahnya aku sebagai seorang guru perlu menuntut ilmu kepengakapan semula
selepas sekian lama aku tinggalkan..
last sekali adalah pada tahun pertama universiti
kini aku kena  bergiat aktif semula dalam aktiviti kepengakapan..

ceriteranya bermula di sekolah..
pada mulanya seramai 3 orang guru lelaki yang kena  pergi kursus nie
dan aku salah seorang yang terlibat dalam kursus nie..
tetapi last2 minit 2 orang cikgu senior nie tak nak pergi plak..
so tinggal lah aku dan 2 orang guru perempuan yang baru masuk sekolah nie
kira sama2 baru ar dengan aku nie..

jadi nak tak nak tanggal 22 jun 2012 tarikh aku kena bergerak
ke KEM JUBLI INTAN TANJUNG LABOH...
aku macam pernah dengar nama kem nie...
macam aku pernah sampai.. tapi aku tak tahu jalannya
tambahan plak aku tak da kereta nak bawak barang2 aku
so aku pun tumpang lah kereta kawan aku nie,...

tiba sahaja di kem tanjung laboh tue.
aku mendaftar lah..
sbenarnya aku pernah amek kursus manikayu 1 nie dulu..
tue pun dulu format lama
skang sudah format baru.. jadi kena lah amek semula

permulaan rasa agak tidak selesa...
hari pertama jer aku dah kena jadi ketua bagi unit PM (pengakap muda)
kena buat laporan pas tue kena belajar melapor pada jurulatih..

pelbagai ilmu yang aku pelajar sepanjang berada di dalam kem tue..
pelbagai angan dan azam telah tercipta sepanjang kem..
tidak lupa jugak sahabat guru-guru yang sama2 berada di kem tersebut..
semuanya sporting dan hebat berlaka..
saling bantu membantu dan tidak kedekut akan ilmu langsung..
aku rasa bertuah sekali lagi menjejakkan kaki ke kem ini
sememangnya nostalgia lama menggamit kembali..
kenangan bersama dengan rakan KELANA SISWA UPSI (oscar rovers)...

kini aku telah selesai peringkat 1 dan pengenalan..
ada 2 lagi peringkat yang harus di tempuh..
moga dapat aku lakukan dengan baik..
kepada rakan2 baru pengakap di batu pahat..
moga kita bertemu kembali di kursus 31 dan 32...
mudah-mudahan

"ONCE A SCOUT, ALWAYS A SCOUT"

P/S: baru kini aku tahu maksud kata itu.. mmg rasanye hidup aku tak boleh lari dari pengakap... selamanya perlu berpengakap.....

16 June, 2012

KISAH Seorang Guru Baru (ep1)

sekolah pertama aku posting...


assalam..

cerita mengenai pengalaman guru baru.... guru freshie.. baru posting... pengalaman nye banyak.. sejak mula menerima tawaran posting ke sekolah-sekolah yang ditetapkan.. hinggalah duduk di kerusi guru di bilik guru tue... pelbagai pengalaman manis, pahit, sedih dan gembira....

cerita pengalaman ku sebagai seorang guru baru... mula melangkah masuk ke sekolah SMK TUN SARDON tetap jam 11 pagi 23 mei 2012... aku mula melangkah masuk ke pejabat sekolah.. ada lah sesi ramah mesra sikit dengan akak-akak kerani sekolah (ramah mesra nie penting sebab akak-akak nie la yang akan uruskan gaji dengan semua tuntutan dan segala hal la).... selepas sesi beramah mesra dengan staff pejabat aku pun dengan bangganya berjumpa dengan PK akademik..

opsss sebelum nak citer lebih lanjut... sebenarnye sepatutnya PK akademik @ PK1 nie akan ambil guru-guru baru ni di PPD atau tempat taklimat dulu dan bawak ke sekolah.. kes aku nie pelik sikit.. sebb PK 1 aku lupa nak g taklimat tue.. jadi aku terkial-kial lah mencari sekolah sendiri dan lapor diri sendiri..

okeii.. kita teruskan cerita... selepas jumpa PK1 macam2 soalan lah di tanya dari asal mana.. koz... dan juga pengalaman-pengalaman sebelum-sebelum nie... sepatutnya aku berjumpa dengan pengetua.. biasalah dia kan bos aku.. namun apa nasib bos aku tak da pada hari tue... jadi aku dibawa oleh penyelia petang untuk melihat kawasan sekolah.. jadi aku melihat la.. dari satu blok ke satu blok.. sampai lah dia tunjukkan aku kerusi dan meja untuk aku duduk dalam bilik guru.... aku pun duduk dalam bilik guru tue...

opsss terskip lagi.. tugasan pertama aku di sekolah adalah mendapatkan semua tandatangan guru-guru sesi pagi dan petang dengan tujuan untuk sesi perkenalan dengan guru-guru nie.. jadi aku pun buat lah.. walaupun tak pernah habis.. namun ada sesuatu yang aku pelajari di situ.. untuk berkenalan dengan guru-guru lama kat situ dan lebih mudah...

jadi tamat lah hari pertama di sekolah aku semasa melaporkan diri.... nnti aku ceritakan kesah seterusnya...

kehendak seorang pelajar... salah guru atau pelajar??







assalam..

selepas meeting tadi aku terpikir suatu perkara... apakah sebenarnye kehendak seorang pelajar itu datang ke sekolah?? sama ada untuk menuntut ilmu.. ataupun datang ke sekolah untuk bertemu rakan-rakan... bersuka ria.. ataupun hanya datang ke sekolah tanpa ada niat apa2..

melalui sudut pandangan aku.. tidak ramai yang datang ke sekolah untuk belajar... mereka lebih berminat dengan persekitaran sekolah dan juga rakan-rakan... buktinya.. cuba kita buat satu majlis ilmu.. sama ada klinik atau pun teknik menjawab memang tiada siapa akan datang... tetapi jika kita membuat sesuatu perkara berteraskan keseronokan seperti hari sukan, kokurikulum dan juga sebagainya pelajar akan lebih berminat..

tapi wujudkah pembelajaran yang menyeronokkan???

subjek yang membosankan seperti sejarah, geografi, bahasa inggeris... semua membosankan.. bagaimana untuk menyeronokkan?? PnP yang menggembirakan.. sukar untuk berbuat demikian.. berpandukan kepada pengalaman.. pernah mengajar pelajar tingkatan 4 dan membuat outdoor learning.. dapat perhatian daripada pelajar namun bagaimanakah pula kawalan kelas nya.. adakah berjaya??

terlalu banyak pro dan kontra dalam perlaksanaan PnP di sekolah.. sukar untuk seorang guru mencari minat dan kehendak seorang pelajar... satu kelas dengan 40 orang pelajar.. menyelami jiwa mereka dan memhami setiap kehendak yang berbeza.. bagaimanakah mungkin....

akhir sekali.. sebagai seorang guru.. ingin aku tegaskan di sini.. guru boleh mengajar dan menggunakan pelbagai pendekatan sama ada dipelajari di universiti atau di maktab mahupun pendekatan melalui pengalaman.. namun fikir-fikirkan kembali sama ada kita mampu untuk menarik minat dan kehendak mereka atau tidak?? perkara pokoknya adalah mereka iaitu pelanggan kita.... pelajar-pelajar itu sendiri...

meeting dan tugas KETUA PANITIA


assalam...

tak leh tido nie sebb esok nak g meeting panitia.. jadi saja search apa tugas-tugas panitia.. so serba sedikit nie lah tugas ketua panitia atau KP... jadi kat sini aku tinjau2 ar sikit...



JENIS-JENIS TUGAS KETUA PANITIA
            Berdasarkan peranan-peranan yang disarankan di atas, jenis-jenis tugas yang dilaksanakan oleh ketua panitia boleh disenaraikan seperti berikut:

            4.1       Pentadbiran
4.1.1    Memberi nasihat dan membantu pihak sekolah dalam pengagihan tugas-  tugas dalam bidangnya;
4.1.2    Mengurus dan mengawasi dokumen-dokumen berkaitan bidangnya seperti surat pekeliling, surat menyurat, minit mesyuarat dan rekod-rekod kegiatan panitia;
4.1.3    Memberi bimbingan serta merancang aktiviti-aktiviti untuk panitia dan persatuan;
4.1.4    Mengendalikan mesyuarat panitia dan sesi perbincangan;
4.1.5    Mengelolakan bengkel dan pameran;
4.1.6    Menjadi penghubung di antara pihak pentadbir sekolah dengan ahli-ahli panitia dalam hal pengurusan sekolah;
4.1.7    Menjadi penghubung di antara pihak luar dengan ahli-ahli panitia dalam hal kegiatan ko-kurikulum yang berkaitan dengan bidangnya;
4.1.8    Menjadi penghubung di antara pihak Kementerian Pendidikan dengan ahli-ahli panitia dalam hal pelaksanaan kurikulum panitianya.

            4.2       Pengurusan Pengajaran dan Pembelajaran
4.2.1      Menetapkan matlamat dan objektif pencapaian yang sesuai bagi    pelajar-pelajar dalam bidang kurikulum berkenaan;
4.2.2      Menerangkan strategi-straregi peningkatan mutu pelajaran ke arah mencapai matlamat dan objektif yang ditetapkan;
4.2.3      Mengadakan perbincangan dan penyelesaian tentang pengajaran dan pembelajaran;
4.2.4      Memberi nasihat dan membantu pihak sekolah dalam pengaturan jadual waktu pengajaran dan pembelajaran;
4.2.5      Merancangkan kelas-kelas bimbingan dan pemulihan selaras dengan keperluan keadaan.
           
4.3       Pengurusan Sumber Pendidikan
4.3.1      Membantu pihak sekolah dalam usaha merancang dan mendapatkan pembekalan tenaga pengajar yang sesuai dan mencukupi;
4.3.2      Memperolehi sukatan pelajaran, huraian sukatan , buku-buku teks, buku-buku kerja dan buku-buku panduan untuk bidang kurikulumnya
4.3.3      Dengan bantuan ahli-ahli panitia, merancang dan mendapatkan pembekalan bahan-bahan rujukan, bahan-bahan bacaan, APD, ABM dan bahan-bahan keperluan lain dari semasa ke semasa untuk tujuan peningkatan tahap professionalisme ahli-ahli dan mutu pelajaran bidangnya;
4.3.4      Memastikan wang bantuan pelajaran yang diperuntukkan ke sekolah adalah dibelanjakan dengan saksama dan mendatangkan manfaat maksimum kepada pelajar-pelajar.
           
4.4       Pengurusan Penilaian
4.4.1      Membantu pihak sekolah dalam merancangkan jadual peperiksaan (contohnya tempoh dan masa);
4.4.2      Menentukan sistem penilaian seperti kekerapan, cara penilaian dan prinsip pemarkahan;
4.4.3      Mengadakan penyelarasan dari segi skop, format kertas soalan dan skima pemarkahan;
4.4.4      Mewujudkan sistem rekod dan laporan yang sempurna;
4.4.5      Mengadakan analisa prestasi untuk mengesan bidang-bidang kekuatan dan kelemahan pelajar serta punca-puncanya;
4.4.6      Mewujudkan bank soalan untuk mengawal mutu penilaian bidangnya;
4.4.7      Mengusahakan tindak ikut untuk memperbaiki kelemahan-kelemahan yang telah dikenal pasti dalam penilaian.
           
4.5       Pimpinan dan Bimbingan
4.5.1      Membantu pihak sekolah menjalankan pecerapan pengajaran di kelas;
4.5.2      Membantu pihak sekolah menjalankan penyeliaan dalam hal-hal seperti rancangan pengajaran, gerakerja bertulis pelajar, penggunaan bahan dan APD dalam pengajaran dan pembelajaran mengenai bidangnya;
4.5.3      Membimbing ahli-ahli panitia dalam merangkakan strategi-strategi peningkatan mutu pelajaran dan mencari penyelesaian untuk masalah-masalah pengajaran dan pembelajaran;
4.5.4      Mewujudkan saluran untuk penyebaran pengetahuan, menggalakkan perkembangan diri ahli panitia menerusi rancangan dan kegiatan perkembangan staf seperti menghadiri kursus, seminar, bengkel, dialog, pameran, sesi perbincangan dan menerusi program bacaan;
4.5.5      Menggalakkan ahli-ahli panitia dalam percubaan idea-idea baru dan kreatif dalam perkaedahan pengajaran;
4.5.6      Memastikan ganjaran yang selaras disarankan kepada ahli-ahli panitia untuk memotivasikan mereka terus berminat dan berusaha bagi merpertingkatkan prestasi mereka dalam pengajaran dan pembelajaran;
4.5.7      Melaksanakan program-program khas untuk memotivasikan pelajar-pelajar terus berusaha di luar bilik darjah untuk perkembangan diri dari segi pengetahuan dan pengalaman dalam bidang pelajaran berkenaan. 

sooo da habis baca so boleh ar tido.... besok meeting cnfrm aku akan jadi macam nieee...

           
khusyuk dengar meeting nieee...... (^_________________^)

15 June, 2012

sajak pembakar semangat


guru oh guru

BERBURU ke padang datar
Dapat rusa belang kaki
Berguru kepala ajar
Ibarat bunga kembang tak jadi
(dedikasi kepada Hari Guru dan guruku tercinta)
Dialah pemberi paling setia
Tiap akar ilmu miliknya
Pelita dan lampu segala
Untuk manusia sebelum jadi dewasa.

Dialah ibu dialah bapa juga sahabat
Alur kesetiaan mengalirkan nasihat
Pemimpin yang ditauliahkan segala umat
Seribu tahun katanya menjadi hikmat.

Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa
Jika hari ini seorang Raja menaiki takhta
Jika hari ini seorang Presiden sebuah negara
Jika hari ini seorang ulama yang mulia
Jika hari ini seorang peguam menang bicara
Jika hari ini seorang penulis terkemuka
Jika hari ini siapa sahaja menjadi dewasa;
Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa
Dengan lembut sabarnya mengajar tulis-baca.

Di mana-mana dia berdiri di muka muridnya
Di sebuah sekolah mewah di Ibu Kota
Di bangunan tua sekolah Hulu Terengganu
Dia adalah guru mewakili seribu buku;
Semakin terpencil duduknya di ceruk desa
Semakin bererti tugasnya kepada negara.
Jadilah apa pun pada akhir kehidupanmu, guruku
Budi yang diapungkan di dulangi ilmu
Panggilan keramat "cikgu" kekal terpahat
Menjadi kenangan ke akhir hayat.

USMAN AWANG
1979

guru tetap o guru tetap

assalam kepada pembaca..
pertama sekali ingin ku mengucapkan syukur kepada Allah SWT kerana telah membantu hambaNya yang lemah ini.. aku rasa bersyukur sangat.. 

bertetapan dengan hari jumaat yang penuh rahmat ini.. kerani sekolah telah menghubungi aku untuk menerima  beberapa dokumen kepada aku.. pada mulanye aku ingatkan apa.. rupa-rupanya surat tawaran lantikan kepada aku/./ alhamdulillah apa yang aku tunggu selama ini telah tiba akhirnya...

tanggal 23 mei merupakan tarikh lantikan dan aku kini sudah bergelar guru tetap tiada apa lagi yang mampu menghalang.. semoga aku dapat berkhidmat dengan lebih baik.. 

berkenaan dengan sekolah pula, banyak perkara yang berlaku dalam 2,3 minggu nie.. semuanya dalam keadaan sibuk tidak terkejar rasanya aku.. satu-satu... esok hari sabtu pulak aku kena meeting panitia.. tanpa henti keje aku.. ditambah plak hari isinin minggu depan aku sudah mula mengajar waktu petang... aku kena membuat persedian diri dah nie..

cerita minggu depan plak.. isnin bersamaan 18 hb ada majlis  keselamatan peringkat daerah batu pahat.. JPJ plak yang dtg.. hampir2 menjadi MC... tapi saat akhir ditukarkan dengan orang lain.. hari selasa ada majlis perpisahan...  dan juga bermulanye latihan rumah sukan... kemudian hari jumaat ada plak hari pelanggan.. mmg satu saat yang memerlukan diri terkejar ke sana dan kemari.... bersedia la di dalam segala segi..

p/s.. syukur kepadanya.. di saat hambaNya dalam kesibukan Dia tidak lupa titipkan sedikit kelapangan...

14 June, 2012

guru oh guru

guru oh guru
tanggal 23 mei bermula lah jejak kaki ini sebagai seorang guru.. mungkin bukan jejak pertama kerana sebelum ini telah pun bergelar seorang guru interim.. namun di dalam diam.. hati ini masih juga berdebar-debar walaupun seudah acap kali kejadian seperti ini terjadi...

23 mei 2012 tarikh sebenar melaporkan diri di PPD Batu Pahat.. alhamdulillah... segala puji bagi Sang Pencipta... akhirnya termakbul jua harapan ayah bonda dalam mendidik anak-anak untuk mencapai kejayaan.  mungkin berkat doa keluarga jugak aku tidak di dihantar ke sebelah Laut China Selatan... aku kekal di semenanjung.. cuma jauh sikit dari kampung halaman..

perjalanan yang sgt jauh dari selangor ke johor mmg terasa peritnya.. namun demi perjuangan sebagai seorang murabbi aku gagahi jua.. berdebar usah citer ar.. masih lagi tak tahu kawasan sekitar johor nie.. tempat asing bagi diri aku... selepas jer taklimat di PPD Batu Pahat. aku pun terus bergerak ke sekolah yang bakal aku berkhidmat...

masuk jer pintu sekolah dah rasa lain macam. tarasa pelbagai aura... mmg terangkat lah segala bulu roma.. alhamdulillah sambutan yang diterima sangat menggalakkan.. biasa la mula-mula masuk sekolah jadi skema sikit.. baik jerk.

SMK TUN SARDON nama diberi sekolah pertama aku bergelar sebagai guru tetap.. kawasan sekolah tidak lah teruk sangat.. besar dan rasa agak bersesuai dengan jiwa aku.. suasana tidak jauh beza dnegan SMK SUNGAI BESAR... walau macam mana pun tekad kan hati dalam menghadapai perjuangan ini... mungkin sampai sini sahaja cerita buat kali pertama insyaallah akan dilanjutkan dalam sesi akan datang