25 June, 2012

Ceritera Manikayu






assalam.....
perutusan hari nie adalah untuk mencerita perihal
KURSUS KEPIMPINAN MANIKAYU PENGENALAN DAN PERINGKAT SATU...
(kalau sesiapa pengakap cnfrm familiar dengan perkataan nie)..
tugas seorang guru bukan sekadar mengajar jer kat sekolah
hakikat sebenarnye segala macam ilmu perlu dituntut..
dari sekecil-kecil ilmu sehingga la ke besar-besar ilmu..

kisahnya aku sebagai seorang guru perlu menuntut ilmu kepengakapan semula
selepas sekian lama aku tinggalkan..
last sekali adalah pada tahun pertama universiti
kini aku kena  bergiat aktif semula dalam aktiviti kepengakapan..

ceriteranya bermula di sekolah..
pada mulanya seramai 3 orang guru lelaki yang kena  pergi kursus nie
dan aku salah seorang yang terlibat dalam kursus nie..
tetapi last2 minit 2 orang cikgu senior nie tak nak pergi plak..
so tinggal lah aku dan 2 orang guru perempuan yang baru masuk sekolah nie
kira sama2 baru ar dengan aku nie..

jadi nak tak nak tanggal 22 jun 2012 tarikh aku kena bergerak
ke KEM JUBLI INTAN TANJUNG LABOH...
aku macam pernah dengar nama kem nie...
macam aku pernah sampai.. tapi aku tak tahu jalannya
tambahan plak aku tak da kereta nak bawak barang2 aku
so aku pun tumpang lah kereta kawan aku nie,...

tiba sahaja di kem tanjung laboh tue.
aku mendaftar lah..
sbenarnya aku pernah amek kursus manikayu 1 nie dulu..
tue pun dulu format lama
skang sudah format baru.. jadi kena lah amek semula

permulaan rasa agak tidak selesa...
hari pertama jer aku dah kena jadi ketua bagi unit PM (pengakap muda)
kena buat laporan pas tue kena belajar melapor pada jurulatih..

pelbagai ilmu yang aku pelajar sepanjang berada di dalam kem tue..
pelbagai angan dan azam telah tercipta sepanjang kem..
tidak lupa jugak sahabat guru-guru yang sama2 berada di kem tersebut..
semuanya sporting dan hebat berlaka..
saling bantu membantu dan tidak kedekut akan ilmu langsung..
aku rasa bertuah sekali lagi menjejakkan kaki ke kem ini
sememangnya nostalgia lama menggamit kembali..
kenangan bersama dengan rakan KELANA SISWA UPSI (oscar rovers)...

kini aku telah selesai peringkat 1 dan pengenalan..
ada 2 lagi peringkat yang harus di tempuh..
moga dapat aku lakukan dengan baik..
kepada rakan2 baru pengakap di batu pahat..
moga kita bertemu kembali di kursus 31 dan 32...
mudah-mudahan

"ONCE A SCOUT, ALWAYS A SCOUT"

P/S: baru kini aku tahu maksud kata itu.. mmg rasanye hidup aku tak boleh lari dari pengakap... selamanya perlu berpengakap.....

No comments:

Post a Comment