14 June, 2012

guru oh guru

guru oh guru
tanggal 23 mei bermula lah jejak kaki ini sebagai seorang guru.. mungkin bukan jejak pertama kerana sebelum ini telah pun bergelar seorang guru interim.. namun di dalam diam.. hati ini masih juga berdebar-debar walaupun seudah acap kali kejadian seperti ini terjadi...

23 mei 2012 tarikh sebenar melaporkan diri di PPD Batu Pahat.. alhamdulillah... segala puji bagi Sang Pencipta... akhirnya termakbul jua harapan ayah bonda dalam mendidik anak-anak untuk mencapai kejayaan.  mungkin berkat doa keluarga jugak aku tidak di dihantar ke sebelah Laut China Selatan... aku kekal di semenanjung.. cuma jauh sikit dari kampung halaman..

perjalanan yang sgt jauh dari selangor ke johor mmg terasa peritnya.. namun demi perjuangan sebagai seorang murabbi aku gagahi jua.. berdebar usah citer ar.. masih lagi tak tahu kawasan sekitar johor nie.. tempat asing bagi diri aku... selepas jer taklimat di PPD Batu Pahat. aku pun terus bergerak ke sekolah yang bakal aku berkhidmat...

masuk jer pintu sekolah dah rasa lain macam. tarasa pelbagai aura... mmg terangkat lah segala bulu roma.. alhamdulillah sambutan yang diterima sangat menggalakkan.. biasa la mula-mula masuk sekolah jadi skema sikit.. baik jerk.

SMK TUN SARDON nama diberi sekolah pertama aku bergelar sebagai guru tetap.. kawasan sekolah tidak lah teruk sangat.. besar dan rasa agak bersesuai dengan jiwa aku.. suasana tidak jauh beza dnegan SMK SUNGAI BESAR... walau macam mana pun tekad kan hati dalam menghadapai perjuangan ini... mungkin sampai sini sahaja cerita buat kali pertama insyaallah akan dilanjutkan dalam sesi akan datang

2 comments: