16 June, 2012

kehendak seorang pelajar... salah guru atau pelajar??







assalam..

selepas meeting tadi aku terpikir suatu perkara... apakah sebenarnye kehendak seorang pelajar itu datang ke sekolah?? sama ada untuk menuntut ilmu.. ataupun datang ke sekolah untuk bertemu rakan-rakan... bersuka ria.. ataupun hanya datang ke sekolah tanpa ada niat apa2..

melalui sudut pandangan aku.. tidak ramai yang datang ke sekolah untuk belajar... mereka lebih berminat dengan persekitaran sekolah dan juga rakan-rakan... buktinya.. cuba kita buat satu majlis ilmu.. sama ada klinik atau pun teknik menjawab memang tiada siapa akan datang... tetapi jika kita membuat sesuatu perkara berteraskan keseronokan seperti hari sukan, kokurikulum dan juga sebagainya pelajar akan lebih berminat..

tapi wujudkah pembelajaran yang menyeronokkan???

subjek yang membosankan seperti sejarah, geografi, bahasa inggeris... semua membosankan.. bagaimana untuk menyeronokkan?? PnP yang menggembirakan.. sukar untuk berbuat demikian.. berpandukan kepada pengalaman.. pernah mengajar pelajar tingkatan 4 dan membuat outdoor learning.. dapat perhatian daripada pelajar namun bagaimanakah pula kawalan kelas nya.. adakah berjaya??

terlalu banyak pro dan kontra dalam perlaksanaan PnP di sekolah.. sukar untuk seorang guru mencari minat dan kehendak seorang pelajar... satu kelas dengan 40 orang pelajar.. menyelami jiwa mereka dan memhami setiap kehendak yang berbeza.. bagaimanakah mungkin....

akhir sekali.. sebagai seorang guru.. ingin aku tegaskan di sini.. guru boleh mengajar dan menggunakan pelbagai pendekatan sama ada dipelajari di universiti atau di maktab mahupun pendekatan melalui pengalaman.. namun fikir-fikirkan kembali sama ada kita mampu untuk menarik minat dan kehendak mereka atau tidak?? perkara pokoknya adalah mereka iaitu pelanggan kita.... pelajar-pelajar itu sendiri...

No comments:

Post a Comment