16 June, 2012

KISAH Seorang Guru Baru (ep1)

sekolah pertama aku posting...


assalam..

cerita mengenai pengalaman guru baru.... guru freshie.. baru posting... pengalaman nye banyak.. sejak mula menerima tawaran posting ke sekolah-sekolah yang ditetapkan.. hinggalah duduk di kerusi guru di bilik guru tue... pelbagai pengalaman manis, pahit, sedih dan gembira....

cerita pengalaman ku sebagai seorang guru baru... mula melangkah masuk ke sekolah SMK TUN SARDON tetap jam 11 pagi 23 mei 2012... aku mula melangkah masuk ke pejabat sekolah.. ada lah sesi ramah mesra sikit dengan akak-akak kerani sekolah (ramah mesra nie penting sebab akak-akak nie la yang akan uruskan gaji dengan semua tuntutan dan segala hal la).... selepas sesi beramah mesra dengan staff pejabat aku pun dengan bangganya berjumpa dengan PK akademik..

opsss sebelum nak citer lebih lanjut... sebenarnye sepatutnya PK akademik @ PK1 nie akan ambil guru-guru baru ni di PPD atau tempat taklimat dulu dan bawak ke sekolah.. kes aku nie pelik sikit.. sebb PK 1 aku lupa nak g taklimat tue.. jadi aku terkial-kial lah mencari sekolah sendiri dan lapor diri sendiri..

okeii.. kita teruskan cerita... selepas jumpa PK1 macam2 soalan lah di tanya dari asal mana.. koz... dan juga pengalaman-pengalaman sebelum-sebelum nie... sepatutnya aku berjumpa dengan pengetua.. biasalah dia kan bos aku.. namun apa nasib bos aku tak da pada hari tue... jadi aku dibawa oleh penyelia petang untuk melihat kawasan sekolah.. jadi aku melihat la.. dari satu blok ke satu blok.. sampai lah dia tunjukkan aku kerusi dan meja untuk aku duduk dalam bilik guru.... aku pun duduk dalam bilik guru tue...

opsss terskip lagi.. tugasan pertama aku di sekolah adalah mendapatkan semua tandatangan guru-guru sesi pagi dan petang dengan tujuan untuk sesi perkenalan dengan guru-guru nie.. jadi aku pun buat lah.. walaupun tak pernah habis.. namun ada sesuatu yang aku pelajari di situ.. untuk berkenalan dengan guru-guru lama kat situ dan lebih mudah...

jadi tamat lah hari pertama di sekolah aku semasa melaporkan diri.... nnti aku ceritakan kesah seterusnya...

2 comments:

  1. TANIAH JD CIKGU...HAHA..PASNI MERASA LA PERIT JERIH JD CIKGU...DA 5 TAHUN JD CIKGU...RASA NAK BENTI BUKA RESTORAN JE...TAK PON KEDAI BAJU...SERIUS PENAT DAN MENCABAR....SO, TABAH2 KAN LA HATI EK...KENA KUAT MENTAL

    ReplyDelete
  2. hehehe tue la pasal lily... belum cukup 5 tahun pun dah rasa peritnye.. dah tau betapa susahnye kerjaya seorang guru nie....

    ReplyDelete