16 June, 2012

meeting dan tugas KETUA PANITIA


assalam...

tak leh tido nie sebb esok nak g meeting panitia.. jadi saja search apa tugas-tugas panitia.. so serba sedikit nie lah tugas ketua panitia atau KP... jadi kat sini aku tinjau2 ar sikit...



JENIS-JENIS TUGAS KETUA PANITIA
            Berdasarkan peranan-peranan yang disarankan di atas, jenis-jenis tugas yang dilaksanakan oleh ketua panitia boleh disenaraikan seperti berikut:

            4.1       Pentadbiran
4.1.1    Memberi nasihat dan membantu pihak sekolah dalam pengagihan tugas-  tugas dalam bidangnya;
4.1.2    Mengurus dan mengawasi dokumen-dokumen berkaitan bidangnya seperti surat pekeliling, surat menyurat, minit mesyuarat dan rekod-rekod kegiatan panitia;
4.1.3    Memberi bimbingan serta merancang aktiviti-aktiviti untuk panitia dan persatuan;
4.1.4    Mengendalikan mesyuarat panitia dan sesi perbincangan;
4.1.5    Mengelolakan bengkel dan pameran;
4.1.6    Menjadi penghubung di antara pihak pentadbir sekolah dengan ahli-ahli panitia dalam hal pengurusan sekolah;
4.1.7    Menjadi penghubung di antara pihak luar dengan ahli-ahli panitia dalam hal kegiatan ko-kurikulum yang berkaitan dengan bidangnya;
4.1.8    Menjadi penghubung di antara pihak Kementerian Pendidikan dengan ahli-ahli panitia dalam hal pelaksanaan kurikulum panitianya.

            4.2       Pengurusan Pengajaran dan Pembelajaran
4.2.1      Menetapkan matlamat dan objektif pencapaian yang sesuai bagi    pelajar-pelajar dalam bidang kurikulum berkenaan;
4.2.2      Menerangkan strategi-straregi peningkatan mutu pelajaran ke arah mencapai matlamat dan objektif yang ditetapkan;
4.2.3      Mengadakan perbincangan dan penyelesaian tentang pengajaran dan pembelajaran;
4.2.4      Memberi nasihat dan membantu pihak sekolah dalam pengaturan jadual waktu pengajaran dan pembelajaran;
4.2.5      Merancangkan kelas-kelas bimbingan dan pemulihan selaras dengan keperluan keadaan.
           
4.3       Pengurusan Sumber Pendidikan
4.3.1      Membantu pihak sekolah dalam usaha merancang dan mendapatkan pembekalan tenaga pengajar yang sesuai dan mencukupi;
4.3.2      Memperolehi sukatan pelajaran, huraian sukatan , buku-buku teks, buku-buku kerja dan buku-buku panduan untuk bidang kurikulumnya
4.3.3      Dengan bantuan ahli-ahli panitia, merancang dan mendapatkan pembekalan bahan-bahan rujukan, bahan-bahan bacaan, APD, ABM dan bahan-bahan keperluan lain dari semasa ke semasa untuk tujuan peningkatan tahap professionalisme ahli-ahli dan mutu pelajaran bidangnya;
4.3.4      Memastikan wang bantuan pelajaran yang diperuntukkan ke sekolah adalah dibelanjakan dengan saksama dan mendatangkan manfaat maksimum kepada pelajar-pelajar.
           
4.4       Pengurusan Penilaian
4.4.1      Membantu pihak sekolah dalam merancangkan jadual peperiksaan (contohnya tempoh dan masa);
4.4.2      Menentukan sistem penilaian seperti kekerapan, cara penilaian dan prinsip pemarkahan;
4.4.3      Mengadakan penyelarasan dari segi skop, format kertas soalan dan skima pemarkahan;
4.4.4      Mewujudkan sistem rekod dan laporan yang sempurna;
4.4.5      Mengadakan analisa prestasi untuk mengesan bidang-bidang kekuatan dan kelemahan pelajar serta punca-puncanya;
4.4.6      Mewujudkan bank soalan untuk mengawal mutu penilaian bidangnya;
4.4.7      Mengusahakan tindak ikut untuk memperbaiki kelemahan-kelemahan yang telah dikenal pasti dalam penilaian.
           
4.5       Pimpinan dan Bimbingan
4.5.1      Membantu pihak sekolah menjalankan pecerapan pengajaran di kelas;
4.5.2      Membantu pihak sekolah menjalankan penyeliaan dalam hal-hal seperti rancangan pengajaran, gerakerja bertulis pelajar, penggunaan bahan dan APD dalam pengajaran dan pembelajaran mengenai bidangnya;
4.5.3      Membimbing ahli-ahli panitia dalam merangkakan strategi-strategi peningkatan mutu pelajaran dan mencari penyelesaian untuk masalah-masalah pengajaran dan pembelajaran;
4.5.4      Mewujudkan saluran untuk penyebaran pengetahuan, menggalakkan perkembangan diri ahli panitia menerusi rancangan dan kegiatan perkembangan staf seperti menghadiri kursus, seminar, bengkel, dialog, pameran, sesi perbincangan dan menerusi program bacaan;
4.5.5      Menggalakkan ahli-ahli panitia dalam percubaan idea-idea baru dan kreatif dalam perkaedahan pengajaran;
4.5.6      Memastikan ganjaran yang selaras disarankan kepada ahli-ahli panitia untuk memotivasikan mereka terus berminat dan berusaha bagi merpertingkatkan prestasi mereka dalam pengajaran dan pembelajaran;
4.5.7      Melaksanakan program-program khas untuk memotivasikan pelajar-pelajar terus berusaha di luar bilik darjah untuk perkembangan diri dari segi pengetahuan dan pengalaman dalam bidang pelajaran berkenaan. 

sooo da habis baca so boleh ar tido.... besok meeting cnfrm aku akan jadi macam nieee...

           
khusyuk dengar meeting nieee...... (^_________________^)

No comments:

Post a Comment