06 July, 2012

mendidik atau mengajar???

assalammualaikum.....

pertama kalinya aku mengucapkan syukur ke hadrat Illahi kerana masih lagi memanjangkan umurku untuk menulis di ruangan ini.. ruangan perjuangan aku sebagai seorang guru...

setelah sebulan lebih aku bergelar seorang guru, banyak ranjau dan onak duri aku lalui... semuanya satu cabran dalam kehidupan dan juga perjalanan seorang guru... bukan sahaja kerenah pelajar nya malah kerenah guru-gurunya jua.... tidak putus-putus menguji diri ku..

kisah mendidik dan mengajar.... sebagai seorang guru.. aku merasakan mengajar dan mendidik merupakan dua istilah yang berbeza.... mengajar dalam definisi diriku adalah memberikan ilmu sahaja... manakala mendidik adalah menyampaikan ilmu dan memanfaatkan ilmu supaya membentuk seorang insan...

mungkin ada sesetengah guru berpendapat mengajar dan mendidik adalah satu situasi yang sama... mungkin ada sesetengah daripada mereka menganggap pergi sekolah, masuk kelas, ajar ilmu, bagi latihan itu sudah cukup,.... tapi dimanakah pembentukan sahsiah diri mereka???

aku bukan lah nak cakap aku nie guru yang terbaik, kadang-kadang tersilap langkah.. ada perkara yang aku terlepas pandang.. namun aku cuba tanamkan kepada diri aku supaya dapat menjadi pendidik dan bukan pengajar semata-mata..

entry yang lepas aku nyatakan ramai pelajar membenci aku.. sebab apa?? sebab aku garang.. sebab aku bukan jenis guru yang bergurau senda dan bukan guru yang boleh cakap baik-baik dengan mereka..

sebab aku menjadi begitu kerana aku cuba mendidik mereka.. tak pergi surau aku marah, aku rotan, tak hormat guru aku marah... mungkin sesetengahnya memandang aku sebagai ganas, ataupun tak reti berlembut.. tapi bukan itu diri ku.. sesiapa yang mengenali diri aku pasti tidak akan percaya aku adalah guru yang garang.....

semuanya adalah untuk mendidik.. aku rotan bersebab dan marah bersebab.. insyaallah aku tidak merotan dan marah sesuka hati... kepada para guru dan bakal guru yang membaca tulisan aku ini.. aku berharap kita jadilah guru yang mendidik dan bukan mengajar semata...

p/s: moga Allah titipkan kecekalan dalam landasan ku mendidik anak bangsa..